Kursus Pemesinan Am
Mari belajar...
Sunday, November 14, 2010
Monday, November 8, 2010
Gerudi Lubang Senggat (Counter Bore)
Gerudi Pusat (Centre Drill)
Mata gerudi ini terdapat dikedua-dua hujungnya. Gerudi pusat biasa mempunyai sudut pemotong 60 darjah sementara jenis loceng mempunyai sudut berkembar 60 darjah dan 120 darjah dikedua-dua hujungnya. Ia bolih didapati dalam pelbagai saiz iaitu daripada 3 mm keatas. Kegunaan gerudi pusat ialah untuk kerja-kerja pemusatan samaada pada mesin pelarik atau mesin gerudi.
Gerudi Benam (Countersink Drill)
Gerudi Rata (Spade Drill @ Flat Drill)
Gerudi ini berbentuk ringkas, matanya ditempa kepada bentuk yang sesuai. Sudut pemotongnya dicanai 90 darjah dan sudut kelegaan pula antara 5 darjah hingga 12 darjah bergantung pada jenis logam yang digerudi. Gerudi ini semakin kurang digunakan pada masa ini kerana banyak terdapat kekurangannya. Antara kekurangannya ialah lubang yang dihasilkan tidak berapa bulat, saiz tidak tepat dan tatal sukar dikeluarkan.
Gerudi Lurah Lurus (Straight Flute Drill)
Lurahnya selari dengan paksi. Ia digunakan untuk menggerudi bahan yang lembut seperti loyang, tembaga dan aluminium serta logam nipis kerana ia tidak tersepit atau terbolos semasa menembusi logam tersebut. Terdapat juga jenis gerudi lurah lurus yang mempunyai mata yang diperbuat daripada tip tungsten karbida.
Subscribe to:
Posts (Atom)